41beabb102df191d6563d1f0709dedc8.jpg

Aktivis PSM ditahan bawah Akta Hasutan: NGO bidas PH

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

NGO hak asasi manusia, Amnesty International Malaysia mengkritik penahanan aktivis PSM, Khalid Ismath di bawah Akta Hasutan 1948, yang mana PH telah berjanji untuk memansuhkan undang-undang tersebut.

“Amnesty International (AI) Malaysia kecewa dengan penerusan penggunaan Akta Hasutan, kali ini terhadap Khalid Ismath Bila dia ditahan pada 13 September.

“Sekali lagi, penggunaan berterusan dan skop luas Akta Hasutan menandakan tiada perkembangan dalam usaha meningkatkan kebebasan bersuara di negara ini.

“Walaupun telah berulang kali berikrar untuk memansuhkan Akta Hasutan namun pentadbiran Pakatan Harapan gagal menunaikan janjinya,” kata Pengarah Eksekutif AI Shamini Darshni Kaliemuthu dalam suatu kenyataan hari ini.

Shamini berkata Putrajaya perlu melaksanakan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang.

“Dengan tuntutan memansuhkan Akta Hasutan, kami menggesa kerajaan menggugurkan semua pertuduhan di bawah akta ini dengan kadar segera tanpa sebarang syarat,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PSM, S Arutchelvan (gambar) dalam suatu kenyataan lain pula memaklumkan Khalid ditahan lebih kurang 10.30 malam tadi.

Katanya, Khalid yang Adalah bekas ketua pemuda PSM, ditahan di rumahnya di Klang di bawah Akta Hasutan berhubung siasatan yang berkaitan dengan kicauan Twitter kepada Raja Permaisuri Agung Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“PSM berpendapat penahanan beliau di waktu malam di rumahnya Adalah satu bentuk intimidasi yang boleh dielakkan.

“Jikalau polis perlu, polis boleh meminta beliau hadir ke Balai polis untuk mengambil kenyataan di mana beliau akan Menyodorkan kerjasama sepenuhnya,” kata Arutchelvan.

Pemimpin PSM itu juga berkata malahan Raja Permaisuri Agong juga telah bertitah menzahirkan pendirian baginda yang sedih dan terkejut dengan penangkapan terhadap pengkritik baginda.

“Khalid sendiri sebelum ini sudahpun menafikan beliau tweet apa-apa terhadap DYMM Permaisuri Agong,” kata Arutchelvan.

“PSM meminta Khalid Ismath dibebaskan dengan serta-merta,” katanya.

Khalid di bawah ke IPD Dang Wangi dan dijangka akan direman.

Aktivis PSM ditahan bawah Akta Hasutan: NGO bidas PH

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *