qurannnn.transformed.jpg

Al-Quran dan hadis perkayakan kreativiti masyarakat Melayu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Ilmu yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis berupaya menjadi sumber terpenting untuk memperkayakan pengetahuan dan kreativiti masyarakat Melayu, sekali gus boleh menjadi tunjang kepada teori yang mengkaji karya sastera bangsa.

Pakar akademik, Datuk Dr Hashim Awang, berkata aspek isi, bentuk dan gaya Al-Quran serta hadis, menuntut manusia memandang dan memahami penciptaan alam sebagai tanda kekuasaan dan kebesaran-Nya.

Beliau berkata, renungan kepada penciptaan langit dan bumi, bintang serta aturan perjalanannya membolehkan manusia bukan saja memandang dan memahami penciptaan alam, bahkan memperoleh ilmu pengetahuan.

“Daripada gesaan dan renungan inilah manusia akan memperoleh ilmu pengetahuan mengenai sains dan matematik, falsafah kesusasteraan serta pelbagai cabang ilmu berkaitan manusia.

“Tuhan menuntut manusia supaya mempelajari semua ini untuk kesejahteraan hidup manusia secara keseluruhannya,” katanya ketika membentangkan makalah Pengkaedahan Melayu dalam Pembinaan Modal Insan pada Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) XII 2016 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.

Yang turut hadir pengerusi sesi SAKAT XII, Abdul Rohim Van Basten; Pakar akademik Thailand, Prof Dr Rattiya Saleh dan Pakar akademik Brunei Darussalam, Dr Maslin Jukin.

Hashim berkata, keindahan Al-Quran dan gaya bahasanya yang menarik, turut menjadi sumber rujukan terpenting dalam Teori Pengkaedahan Melayu yang digunakan untuk mengkaji serta menilai sastera berteraskan Melayu dan Islam.

Beliau berkata, teori itu asalnya terbentuk sebagai kaedah dalam Menciptakan penelitian dan penilaian terhadap karya sastera Melayu yang sebelum ini bergantung kepada teori yang dibentuk oleh Barat.

“Bagaimanapun, pendekatan alamiah yang memiliki tiga pecahan, iaitu gunaan, moral dan firasat serta pendekatan keagamaan yang merangkumi dakwah, sosial dan Keindahan dilihat berupaya menjadi penggerak ke arah pembinaan insan bertaqwa, berilmu dan bertatusila.

“Melalui teori ini, Al-Quran dan hadis diletakkan sebagai sumber rujukan paling penting bagi keilmuan Islam, manakala ketamadunan Melayu pula diletakkan bersumber kepada sikap dan Tips hidup tradisi budaya orang Melayu yang sangat rapat dan sebati dengan alam.

“Justeru, Teori Pengkaedahan Melayu Adalah satu gerak pembinaan teori sastera berpaksikan ilmu Islam dan Melayu sepenuhnya yang Tak setakat menggalakkan manusia membaca, mencari, menimba dan menguasai ilmu malah mengamalkannya,” katanya.

Al-Quran dan hadis perkayakan kreativiti masyarakat Melayu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *