23ALAT.transformed.jpg

Alat buang air kecil lelaki patuh syariah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PROF Datuk Dr Shahrin Shahib (tengah) diberi penerangan oleh Pengarah Urusan Spektrum Teknik Sdn Bhd, Azizan Ismail (dua dari kanan) berkaitan Penemuan alat buang air kecil lelaki patuh syariah, Suci-Urinal System (SUCI-URiS) ketika Majlis Penyerahan Dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) Pengkomersilan Produk Sistem Pembuangan Air Kecil Lelaki antara UTeM dan syarikat Spektrum Sdn Bhd di Bangunan Canselori UTeM, Durian Tunggal. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan

ALOR GAJAH: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menghasilkan alat buang air kecil lelaki patuh syariah, Suci-Urinal System (SUCI-URiS), yang pertama seumpamanya di negara ini.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Shahrin Shahib, berkata kesulitan jemaah haji lelaki membuang air kecil ketika menunaikan ibadat di Tanah Suci Makkah mencetus ilham bagi sekumpulan enam penyelidik, diketuai Prof Madya Dr Hambali Arep @ Ariff, membangunkan alat berkenaan.

Katanya, set peralatan itu dilengkapi beg simpanan seberat 600 gram, yang mengandungi bekas (tempat buang air kecil dan penyembur air bersih), pemegang khasyafah (kemaluan lelaki) pelbagai diameter saiz, beg urin satu liter dan tiub.

“Penyelidik kita mengambil kira pelbagai faktor bagi membangunkan produk yang mengambil tempoh selama kira-kira setahun ini.

“Alat ini memberi manfaat kepada orang ramai, khususnya jemaah haji Bila mereka menghadapi kesukaran menggunakan tandas ketika musim haji dan umrah.

“Selain itu, ia juga sesuai untuk pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, pesakit di hospital atau warga emas yang Tak mampu bergerak ke tandas di rumah kebajikan,” katanya pada sidang media di Bangunan Canselori universiti itu, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) Mengkomersialkan Produk Sistem Pembuangan Air Kecil Lelaki antara UTeM dan syarikat Spektrum Sdn Bhd, yang diwakili Pengarah Urusannya, Azizan Ismail.

Prof Shahrin berkata, produk terbabit turut mendapat sokongan Tabung Haji; Mufti negeri, Datuk Abdul Halim Tawil; pensijilan ISO 13485 (Pengurusan Kualiti Sistem bagi peralatan perubatan) serta pengesahan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

“Ia juga mendapat pengiktirafan antarabangsa, Anugerah Khas daripada Chinese Innovation & Invention Society (Taiwan),” katanya.

Alat buang air kecil lelaki patuh syariah

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *