BHaliputih-O_BHfield_image_listing_featured.var_1582285159.jpg

Ali Puteh mahu jumpa kakak ipar mohon maaf

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

PETALING JAYA: Enggan memanjangkan kontroversi berhubung dakwaan membolot harta peninggalan abang, Allahyarham Abam Bocey, pelawak Ali Puteh mahu berjumpa kakak iparnya untuk memohon maaf.

Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Rizuan, 31, berkata dia merancang berjumpa kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, secara tertutup bagi menyelesaikan kemelut itu.

“Sekiranya keadaan menjadi bertambah teruk, kami akan kumpulkan semua wang sedekah orang ramai dan serahkan kepada Nurhidayah di rumahnya.

“Di situ sesi permohonan maaf antara kami  akan berlaku. Namun, ia dibuat secara tertutup kerana kami tak mahu aib keluarga terus dijaja,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Angota kumpulan Puteh ini turut memohon maaf kepada kakak ipar berikutan status berbaur emosi dan kasar yang dikongsi di laman sosial, baru-baru ini.


Pelawak, Ali Puteh. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

“Saya mendapat tahu mengenai kenyataan yang dikeluarkan Nurhidayah Bila ramai yang menelefon saya untuk bertanya. Saya sangat terkejut dan mengucap panjang.

“Dalam keadaan marah, saya terus memuat naik status itu. Pada kesempatan ini, saya ingin meminta maaf kepada kakak ipar atas kesilapan yang dilakukan,” katanya.

Kontroversi isu membolot harta tercetus Bila Nurhidayah memberitahu dalam temubual yang dibuat secara langsung melalui Instagram (IG) usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, mendakwa ada beberapa kekangan yang dihadapinya selepas pemergian arwah. Ini termasuk isu harta peninggalan seperti kereta yang dikatakan diurus keluarga Abam.

Bagaimanapun, semalam, melalui temubual secara langsung di IG, Ali menafikan dakwaan dia mahu membolot harta sambil menyatakan alasan berbuat demikian.

Ditanya apakah tindakan yang ingin diambil terhadap Aliff yang didakwanya menjadi dalang di sebalik kemelut yang timbul, Ali berkata, dia berharap Pakar perniagaan itu bertaubat.

“Bertaubatlah Aliff, selagi pintu taubat masih terbuka. Tindakannya itu sudah memecah belahan hubungan kekeluargaan kami.

“Saya juga berharap dia dapat berjumpa dengan ibu saya dan memohon maaf padanya,” katanya.

Ali Puteh mahu jumpa kakak ipar mohon maaf

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail