20496279_10154480809081065_19786187_n.jpg.transformed.jpg

Alif Satar disangka Aliff Aziz

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Gara-gara nama sama, Seniman serba boleh, Alif Satar memuat naik status di laman sosial menjelaskan dirinya bukan penyanyi Aliff Aziz, yang menjadi viral selepas disyaki mengasari isterinya di sebuah pusat hiburan.

Memberitahu BH Online, Alif Tak sangka masih ada peminat yang keliru dengan namanya dan dengan Tak semena-mena, dia dikaitkan dengan kontroversi membabitkan penyanyi kelahiran Singapura itu.

“Tiba masanya mereka di luar membezakan antara Alif Satar dan Aliff Aziz. Kami berdua individu yang berbeza… cuma mempunyai persamaan pada nama saja.

“Saya dapat tahu ada juga media keliru. Namun, secara Tak langsung, isu yang timbul membuka mata masyarakat dengan perbezaan kami.

“Saya enggan mengulas apa-apa mengenai insiden itu. Cuma saya ada memuat naik status di Insta Story semalam supaya Tak ada pihak yang keliru lagi,” katanya yang mengakui mengenali Aliff dan isterinya, Bella Astilah, 23.

Semalam, dunia hiburan dikejutkan Bila Aliff direman kerana disyaki memukul Bella di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang Khamis lalu.

Aliff Aziz dibebaskan dengan jaminan polis, tengah hari tadi.

Alif Satar disangka Aliff Aziz

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *