20resorces.transformed.jpg

Aliran keluar dana asing China susut

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Laman sesawang China Resources di http://en.crc.com.cn/

HONG KONG: Langkah pengambilalihan luar negara oleh syarikat China agak sederhana kini, selepas mencatat rekod dalam tempoh dua tahun berikutan tindakan Beijing berhubung aliran keluar dana.

Namun, pada masa sama perjanjian masuk ke negara itu meningkat dan undang-undang baharu akan menjadikan syarikat asing lebih mudah meneroka potensi pasaran pengguna terbesar dunia itu.

Kemasukan dana asing menerusi penggabungan dan pengambilalihan (M&A) mencapai nilai AS$7.1 bilion (RM31.62 bilion) setakat pada 2017, hampir dua kali ganda daripada jumlah bagi tempoh sama tahun lalu dan ia berada di landasan tepat mengatasi jumlah keseluruhan tahun lalu iaitu AS$46 bilion (RM204.84 bilion).

Sementara itu, aliran keluar dana susut lebih daripada 40 peratus kepada AS$8.4 bilion (RM37.41 bilion), demikian menurut data yang dikeluarkan Thomson Reuters.

Perjanjian dalam sektor peruncitan dan pengguna merangkumi hampir sepah daripada urus niaga awal, mengatasi perjanjian sektor yang biasanya mendominasi M&A iaitu kewangan dan hartanah.

Syarikat pelaburan Belgium, Verlinvest menerajui trend berkenaan.

Syarikat itu menjalinkan usaha sama bernilai AS$300 juta (RM1.34 bilion) tahun lalu dengan konglomerat milik kerajaan China, China Resources dan sudah menggunakan lebih separuh daripada dana berkenaan.

Verlinvest, firma yang menguruskan dana untuk syarikat milik keluarga, Anheuser-Busch InBev, melabur dalam ekuiti majoriti dan minoriti membabitkan pegangan dalam jenama Barat.

Pelaburan itu mampu melonjak jenama berkenaan menerusi saluran pengedaran China Resources di China, kata Nicholas Cator, individu yang bertanggungjawab untuk perniagaan Asia.

“Kami sedang memberi tumpuan kepada sektor yang memiliki pertumbuhan tinggi yang berdasarkan trend pengguna seperti makanan berkaitan kesihatan dan produk minuman, panggung wayang atau hiburan atau apa jua yang berkait dengan produksi dan kandungan kebudayaan,” katanya.

Reuters

Aliran keluar dana asing China susut

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *