alloymtd.transformed.jpg

AlloyMtd bina dua 'mini Putrajaya' di Filipina

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Konglomerat infrastruktur, AlloyMtd Group.

KUALA LUMPUR: Konglomerat infrastruktur, AlloyMtd Group komited untuk menyiapkan satu lagi projek di Filipina walaupun menarik diri daripada bidaan projek Laguna Lakeshore Expressway Dike bernilai AS$2.65 bilion (RM10.5 bilion) bulan lalu.

Kumpulan itu menerusi anak syarikat tempatannya, MTD Philippines, Inc akan melaksanakan dua projek ‘mini Putrajaya’ di Filipina dengan nilai kontrak digabungkan bernilai hampir RM400 juta.

Projek berkenaan Adalah pembinaan Pusat Kerajaan Baharu dan Projek Hab Perniagaan di Wilayah Bataan serta membangunkan Pusat Kerajaan dan Projek Hab Perniagaan di Wilayah Nueva Ecija.

Di Bataan, AlloyMtd Group akan membina dan membangunkan antara lain sebuah bangunan badan perundangan kerajaan baharu, bangunan Penyumberan Luar Proses Perniagaan (BPO) gred A, B dan C baharu serta hotel perniagaan 142 bilion dengan kawasan komersial dan runcit.

Kumpulan juga akan membangunkan pejabat kerajaan dengan ruang runcit dan komersial, dua bangunan BPO yang akan menampung sehingga 4,000 tempat duduk Pusat Panggilan serta sebuah hotel perniagaan 75 bilik yang mengelilingi dataran awam seluas 2,500 meter persegi atau Plaza Awam di Wilayah Nueva Ecija.

Pembinaan Pusat Kerajaan Baharu dan Projek Hab Perniagaan di Wilayah Bataan akan disiapkan menjelang 2018, manakala pembangunan Pusat Kerajaan dan Projek Hab Perniagaan di Wilayah Nueva Ecija akan siap pada tahun hadapan.

Bila disiapkan, projek berkenaan akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah.

Dua projek berkenaan diterima selepas AlloyMtd Group menyiapkan konsep pertama Putrajaya, yang juga pusat pentadbiran Malaysia di Calabarzon pada 2014.

Berikutan itu, kumpulan dijangka memperluaskan konsep sama yang menggunakan model Putrajaya ke wilayah lain di republik itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AlloyMtd Group, Datuk Dr Azmil Khalid, berkata kumpulan sangat komited untuk menyiapkan kedua-dua projek tepat pada masanya.

“Kedua-dua projek ini Adalah satu lagi pencapaian penting inisiatif kami di Filipina yang terus membuktikan keupayaan kumpulan,” katanya selepas satu majlis rasmi untuk menandakan permulaan kedua-dua projek di Filipina, Rabu lalu.

AlloyMtd Group mempunyai kedudukan kukuh di Filipina, Bila berjaya membina, mengendali dan menguruskan Lebuhraya Luzon Selatan (SLEX) sepanjang 36 kilometer dari Alabang ke Santo Tomas.

Ia juga bertanggungjawab mereka bentuk, membiayai, membina, mengendali dan menyelenggara pusat sehenti kerajaan dipanggil Calabarzon Regional Government Centre (CRGC) di Laguna selama 30 tahun.

Selain operasi di Filipina, AlloyMtd Group mempunyai perniagaan antarabangsa di 15 negara termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom (UK), Australia, Indonesia, Singapura, Sri Lanka, India, Chile dan China.

AlloyMtd bina dua 'mini Putrajaya' di Filipina

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *