1479336208_image28929.jpg

Amir AF Dapat Tawaran Berlakon Dengan Elly Suriati

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelantun Gita Pemilik Cinta iaitu Amir Syazwan Masdi, 20, memberitahu selain minat menyanyi pada masa yang sama dia juga sudah bersedia untuk berlakon.

Wah tak sangka Amir ni orangnya diam-diam ubi berisi! Rupanya Amir sudah ‘dipinang’ oleh pengarah dan pelakon Elly Suriati Omar.

“Saya sebenarnya sudah bersedia untuk berlakon sebab sebelum ini Elly Suriati ada merancang untuk bawa masuk ke dalam produksinya,” ujar Amir yang ditemui ketika menghadiri sesi beramah mesra bersama peminat dan media.

Di samping itu Amir juga berharap pada lima tahun daripada sekarang mahu menjadi seorang komposer dan penulis lirik.

“Saya minat dengan Aliran balada rock dan ‘slow-rock’, saya berharap pada masa akan datang boleh jadi seorang komposer dan penulis lirik.

“Bakat ni sebenarnya sejak di bangku sekolah lagi sudah mula menulis Gita dan saya masih simpan lagi. Insya-Allah saya cuba zahirkan,” katanya yang merancang untuk mempunyai studio mini.

Amir AF Dapat Tawaran Berlakon Dengan Elly Suriati

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *