aca8e78ad3f4c1acd2dd9ad9c650a436.jpeg

Amirudin kritik Xavier kerana bantah pemansuhan hutan simpan Kuala Langat

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengkritik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar kerana membantah rancangan kerajaan negeri untuk memansuhkan status Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Bercakap pada sidang akhbar di Shah Alam semalam, Amirudin berkata Xavier atas kapasitinya sebagai menteri di kementeriannya serta anggota Parlimen Kuala Langat sepatutnya mengetahui mengenai cadangan itu.

“Saya rasa menteri dan juga MP Kuala Langat cukup tahu, sebab menteri dan MP Kuala Langat Adalah yang sangat berkenaan (familiar) dan terlibat dengan proses  penggazetan hutan.

“Saya pernah gazet kawasan-kawasan hutan untuk aset-aset air yang terlibat dengan PAAB (Pengurusan Aset Air Berhas), jabatan hutan, pihak PTG (Pejabat Tanah dan Galian), kita dah mengalih, saya ingat banyak ratus ekar, termasuk hutan simpan Ayer Itam yang melibatkan beberapa kawasan-kawasan tadahan air dan juga sebahagian daripada projek langat 2 […]

“Jadi bila ada satu teguran bahawa ini bertentangan dengan hasrat kerajaan negeri, dan kerajaan pusat mengekalkan jumlah hutan simpan, saya rasa tuduhan itu Adalah tuduhan yang sangat terpesong, jauh tersimpang atau pun tak disedari lalai dan gagal difahami oleh mereka-mereka yang membantah,” katanya.

Xavier sebelum ini memberitahu Malaysiakini, selaku anggota parlimen Kuala Langat, beliau tegas menentang cadangan untuk mengeluarkan tanah berkenaan daripada warta hutan simpan untuk kawasan yang menjadi penempatan Orang Asli dan habitat hidupan liar.

Beliau juga menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan semula langkah tersebut.

“Kita Tak boleh memusnahkan kawasan hijau atas dasar pembangunan, lebih-lebih lagi untuk kawasan yang telah diwartakan sejak tahun 1927,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pejabat Xavier untuk mendapatkan komennya.

Semalam, Amiruddin berkata pemansuhan status Hutan Simpan Kuala Langat Utara dibuat kerana 40 peratus kawasan itu Tak lagi mempunyai elemen hutan dara, selain mengelakkan aktiviti pembakaran hutan secara haram berulang.

Landasan Kereta Barah Pantai Timur (ECRL) juga akan dilaksanakan di kawasan itu, katanya.

Amirudin berpendapat pemansuhan status hutan simpan itu Tak akan menjejaskan mana-mana penempatan Orang Asli, dan menyatakan hutan-hutan lain di negeri itu dianggap sebagai hutan simpan baru untuk menampung peruntukan itu.

Selain Xavier, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythmoorthy juga menentang tindakan itu.

Kumpulan alam sekitar seperti Malaysian Nature Society (MNS) dan Pusat Alam Sekitar Dunia (GEC) telah menentangnya, sambil menegaskan mengenai kepentingan hutan simpan sebagai hutan paya gambut.

GEC menyatakan bahawa kawasan itu Adalah habitat bagi beruang matahari, Tupai Pygmy dan ikan laga merah Langat. Ia juga mengandungi Utama Meranti Bakau.

Petisyen atas talian yang dinamakan “Selamatkan Hutan Simpan Kuala Langat” telah diwujudkan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor Mohd Ridzuwan Endot berkata lebih daripada 16,000 tandatangan telah berjaya dikumpulkan setakat ini.

Amirudin kritik Xavier kerana bantah pemansuhan hutan simpan Kuala Langat

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail