1508666814_image28829.jpg

Anak polis maut ditikam sepupu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Anak seorang anggota polis maut ditikam sepupu sendiri selepas berlaku pergaduhan dalam rumah di Taman Temerloh Makmur kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, mangsa Robiatul Ain Mahamod 27, maut selepas ditikam dipercayai dengan pisau dan gunting.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati, mangsa yang juga peniaga kedai Santap pada mulanya bertengkar dengan suspek berusia 27 tahun di dalam rumah selepas mangsa mendakwa suspek menghisap dadah dan mencuri barang di dalam rumah.

“Rumah tersebut didiami mangsa bersama suami, adik mangsa dan suspek yang Adalah sepupu mangsa.

“Semasa kejadian hanya suspek dan mangsa sahaja berada di dalam rumah, suspek Tak berpuas hati lalu berlaku pergaduhan dan menikam mangsa.

“Hasil keterangan daripada saksi yang berada di hadapan rumah dan jiran mengatakan pada jam 9.30 malam mereka mendengar berlaku pergaduhan di rumah mangsa, jiran mangsa menghubungi telefon bapa mangsa yang sedang berada di hospital kerana bertugas,” katanya.

Zundin berkata, Bila bapa mangsa bersama adik lelaki mangsa tiba di rumah didapati pintu hadapan berkunci dan telah memecahkan pintu hadapan.

Katanya, mangsa ditemui terbaring di ruang tamu dengan kesan tikaman dan berdarah lalu dibawa ke hospital Temerloh oleh keluarga mangsa tetapi telah disahkan meninggal dunia semasa rawatan.

Zundin berkata, polis menemui senjata sebilah pisau dan gunting yang dipercayai digunakan oleh suspek di hadapan rumah semasa siasatan dijalankan.

Menurutnya, suspek ditangkap polis di lokasi kejadian.

Zundin berkata, bapa mangsa Adalah anggota polis berpangkat sarjan dan bertugas di Balai Temerloh.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Anak polis maut ditikam sepupu

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *