Untitled.jpg

Anak Syamsul Kena Demam Panas

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ANAK sulung pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Syaikhul Islam dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu selepas mengalami demam panas.

Bagaimanapun Syamsul, 33, ketika dihubungi  pada Isnin memberitahu anaknya kini sudah kembali sihat.

“Alhamdulillah, syukur dah sihat,” kata Syamsul secara ringkas.

Syamsul, 33, diminta mengulas foto anaknya kelihatan sakit yang dimuat naik oleh isterinya, Puteri Sarah pada Jumaat lalu.

Menerusi kapsyen foto tersebut, Syaikhul yang kini berusia enam bulan mengalami batuk berkahak dan demam panas.

“Pagi semalam (19 Oktober) batuk berkahak, malam badan panas naik mendadak. Bagi Santap ubat dah ok sikit Akan Tetapi menangis tak berhenti.

“Tidur nak kena peluk sentiasa. Tiba-tiba pukul 12 malam merengek menggigil suhu 38.6! Nasib baik cepat-cepat bawa pergi hospital.

“Check suhu Syaikhul dah 39.9. Doktor masuk ubat ikut buttock. Ambil darah, meraung Syaikhul kena cucuk,” kata Puteri Sarah.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya mendoakan kesihatan anak pasangan tersebut.

Menurut Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 31, anaknya Tak mengalami sebarang penyakit kronik.

Sarah juga meluahkan rasa bimbang dengan suhu badan Syaikhul yang akan meningkat naik pada waktu tengah malam.

“Sampai pukul 2.40 pagi tunggu keputusan. Alhamdulillah, Syaikhul tak ada penyakit kronik ke apa. Cuma demam panas,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi Instagram penerbit Mohd Noor Kadir juga sempat menziarahi cucu pengarah Datuk Yusof Haslam itu.

“Atuk sayang cucu. Menemani DYH (Datuk Yusof Haslam) menziarahi cucunya (anak Syamsul Yusof) yang sakit di Hospital Pantai, Ampang, KL petang semalam (22/10/17),” kata Mohd Noor.

Anak Syamsul Kena Demam Panas

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *