12donalsk.transformed.jpg

Anak Trump minat ikut jejak dalam politik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DONALD Trump, Jr .- Foto AP

NEW YORK: Anak Presiden Donald Trump, Donald Trump Jr menegaskan beliau Tak akan menjadi calon Gabenor New York tahun depan, tetapi Tak menolak kemungkinan bertanding untuk jawatan itu pada masa akan datang.

Trump Jr dikhabarkan mempertimbangkan untuk menuruti jejak langkah bapanya dalam bidang politik.

Namun dalam satu temu bual dengan The Associated Press semalam, beliau menafikan sebarang spekulasi mengenai hasrat mencabar penyandang jawatan itu, Gabenor Andrew Cuomo.

“Saya Tak bertanding pada 2018,” kata Trump Jr dalam kenyataan terbuka pertama beliau mengenai kemungkinan menjadi calon tahun depan.

Namun beliau mengakui tertarik dengan bidang politik.

Trump Jr dan adik lelakinya, Eric menerajui Trump Organization, sejak bapa mereka berkhidmat sebagai Presiden, Januari lalu. – AP

Anak Trump minat ikut jejak dalam politik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *