WhatsApp_Image_2017-07-10_at_5.49.11_PM.jpeg.transformed.jpg

Anggota tentera maut motosikal terbabas

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SEORANG anggota tentera maut selepas motosikalnya terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 1, Jalan Gemas-Tampin, hari ini.

TAMPIN: Seorang anggota tentera maut selepas motosikalnya terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 1, Jalan Gemas-Tampin di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak, berkata dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, Mohammad Hasyief Marzuki, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, hilang kawalan di selekoh ketika hujan lebat dan terjatuh sebelum masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan lori terbabit,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Anggota tentera maut motosikal terbabas

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *