image282229.jpg

Anuar Zain kesal sikap biadap netizen terhadap Ziana

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENYANYI Anuar Zain, meluahkan rasa kesal dengan sikap netizen yang melemparkan pelbagai tuduhan melulu terhadap kakaknya, Ziana Zain berikutan masalah rumah tangga yang sedang dihadapi.

Anuar yang ditemui media ketika menemani Ziana di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi sebutan kes penceraian bersama suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri beberapa hari lalu berharap agar pihak luar menghormati situasi kakaknya.

“Netizen kadang-kadang menulis sesuatu di media sosial tanpa usul periksa dan saya boleh katakan kurang ajar. Mereka Senang menulis bukan-bukan tanpa tahu hujung pangkal.

“Kalau boleh, hormatlah kakak saya dan situasi yang terpaksa dihadapinya sekarang,” katanya dipetik daripada sebuah portal hiburan.

Menurut pelantun Gita Lelaki Ini, dia berasa kagum dengan semangat dan kekuatan yang ditunjukkan Ziana yang tabah berdepan dengan ujian Pahit dalam rumah tangga yang sudah dibina lebih 20 tahun lalu.

Menyifatkan Ziana sebagai seorang yang penyayang dan setia, Anuar hanya mengharapkan segala kemelut yang dilaluinya kakaknya itu segera berakhir.

Pada April lalu, Ziana memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam selepas Armin dikatakan enggan melepaskannya secara baik.

Sementara dalam sebutan kes di Mahkamah Majistret Shah Alam Selasa lalu,  Armin mengaku Tak bersalah atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan pada anak lelaki mereka, Februari lalu.

Anuar Zain kesal sikap biadap netizen terhadap Ziana

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *