image28829.jpg

Anwar ucap takziah pada rakyat Jepun

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada rakyat Jepun atas kematian tiga warganya dan beberapa orang yang cedera dalam kejadian gempa bumi di Osaka, hari ini.

Anwar turut menzahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa rakyat negara tersebut.

“Saya berdoa untuk rakyat Jepun agar mereka menjadi kuat dalam menghadapi tragedi ini dan berharap usaha bantuan menyelamat berjalan lancar.

“Semoga keamanan dan keselamatan dikembalikan kepada negara,” katanya menerusi laman sosial Facebook peribadinya hari ini.

Dalam kejadian di Osaka, Reuters melaporkan sekurang-kurangnya tiga orang disahkan maut dan jumlah korban dijangka akan terus meningkat selepas gempa bumi sekuat 6.1 skala Ritcher melanda.

Sekurang-kurangnya 217 orang dilaporkan cedera di utara Osaka dan wilayah berhampiran.

Anwar ucap takziah pada rakyat Jepun

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *