apm1-o_BHfield_image_listing_featured.var_1585732691.jpg

APM sedia makanan kepada petugas perkhidmatan penting

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Bukan hanya menumpukan khidmat kemanusiaan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selaku antara barisan hadapan turut membantu menyediakan dan menyumbang makanan kepada petugas sektor perkhidmatan penting negara.

Sejak PKP dikuatkuasakan 18 Mac lalu, seawal jam 3 pagi, pegawai dan anggota APM akan bertungkus lumus menyediakan sarapan untuk 1,500 pek dengan kerjasama Dunia Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH) dan Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM).

Makanan itu dihantar kepada kakitangan Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL), Unit Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), empat pusat saringan serta petugas BH dan Harian Metro.

Selepas menyelesaikan penghantaran sarapan, pasukan APM segera menyiapkan Santap tengah hari dan malam untuk kumpulan sama. Khidmat ini dijangka berterusan sehingga 14 April ini, berakhirnya fasa kedua PKP.

Kolonel (PA) Bersekutu, Pasukan Tindakan Kecemasan Pertahanan Awam Malaysia (CDERT), Datuk Fyzal Fauzy, berkata usaha itu bagi memastikan sebahagian lagi kelompok barisan di hadapan mendapat bekalan makanan dalam tempoh pelaksanaan PKP.

“Ini kerana dalam usaha menjalankan tugas, mereka berdepan kekangan waktu selain turut mengejar masa dalam menyempurnakan tugas harian.

“Justeru kami terpanggil untuk melakukan sedikit usaha bakti membantu kumpulan ini,” katanya ketika ditemui ketika menghantar bekalan makanan kepada petugas BH di Balai Berita di sini.

APM sedia makanan kepada petugas perkhidmatan penting

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail