AQASHA___FILEM_PENCULIKAN_AMAR_AFFENDI.transformed.jpg

Aqasha ada sebab menyepi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

AQASHA atau nama penuhnya, Firdee Akassya Rosli. – Foto Syaharim Abidin

KUALA LUMPUR: Jarang kelibat pelakon kacak, Aqasha atau nama penuhnya, Firdee Akassya Rosli muncul dalam mana-mana drama mahupun telefilem.

Tak pernah menyuarakan hasrat berhenti berlakon, rupa-rupaya Aqasha sibuk di belakang tabir menguruskan syarikat penerbitan miliknya, Camwork Studios.

Kisahnya, sejak dua tahun lalu, bapa dua anak ini lebih banyak menghabiskan masa di Johor berikutan komitmen bersama syarikatnya itu.

Jika ada yang masih ingat, kira-kira setahun lalu, Aqasha muncul dalam drama Ayuni Safira yang disiarkan TV9. Dalam drama itu, Aqasha beraksi bersama Siti Saleha, Maria Farida dan Zarina Zainuddin.

Bertanya khabar dirinya, Aqasha memberitahu, peminat boleh menyaksikan kemunculannya dalam drama Jasmine terbitan TV3 Berawal Dari akhir bulan ini.

“Saya banyak berada di Johor kerana terbabit dengan pembikinan projek dokumentari untuk beberapa organisasi. Syarikat yang saya tubuhkan ini menawarkan kerja produksi, pasca dan kesan khas,” katanya kepada BH Online.

Mengaku rindu kembali ke lokasi, Aqasha menegaskan minat berlakon Tak pernah padam.

“Dalam saya sibuk menumpukan perhatian kepada kerja belakang tabir, minat berlakon Tak pernah padam.

“Biasanya, saya ambil tawaran berlakon dengan produksi yang saya sering bekerjasama seperti Dunia Station Sdn Bhd dan Suhan Movies.” katanya.

Aqasha berkata, bagi menjayakan drama Jasmine yang menggandingkan dirinya dengan Nelydia Senrose, dia menjalani penggambaran di Perth selama seminggu.

Aqasha ada sebab menyepi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *