riyadhbeurtu.transformed.jpg

Arab Saudi halang 3 wanita bersama 7 anak ke Syria

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi menghalang tiga wanita dan tujuh anak mereka, termasuk seorang berusia setahun, daripada ke Syria untuk menyertai IS.

Kementerian Arab Saudi, dalam satu kenyataan, menyatakan tiga wanita bersaudara itu dihalang di Beirut selepas suami seorang daripada mereka memaklumkan kepada pihak berkuasa isterinya dalam perjalanan ke Syria.

Kenyataan itu Tak menyatakan kewarganegaraan atau bagaimana wanita terbabit berjaya meninggalkan Arab Saudi.

Wanita Arab Saudi Tak dibenarkan keluar bersendirian tanpa kebenaran suami mahupun penjaga mereka.

Agensi berita SPA yang memetik kenyataan kementerian itu melaporkan, ketiga-tiga wanita terbabit dan anak mereka sudah dihantar pulang.

Pihak berkuasa mengarahkan anak mereka diletakkan di bawah jagaan manakala ketiga-tiga wanita itu dihadapkan ke mahkamah. – AFP

Arab Saudi halang 3 wanita bersama 7 anak ke Syria

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *