ary_malik.jpg.transformed.jpg

Ary Malik kritikal

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PELAKON dan pengacara, Ary Malik, dilaporkan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat. – Foto Rojak Punya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Ary Malik, dilaporkan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat.

Suaminya, Shahrul Nizam Shaharuddin berkata, Ary atau nama sebenarnya, Aryanee Malik Abdul Malik, 46, dimasukkan ke hospital itu sejak 18 Februari lalu Bila keadaannya semakin lemah.

“Ary Tak sedarkan diri sejak empat hari lalu dan keadaannya sama Sampai sekarang. Keadaannya kritikal dan doktor mengesyaki sel kanser sudah merebak ke kepala,” katanya.

Shahrul Nizam berkata, sebelum disahkan menghidap kanser, isterinya mengadu sakit pada perut.

“Pada mulanya kami menyangka ia ketumbuhan biasa dan hanya selepas menjalani pembedahan baru doktor mengesan Ary menghidap kanser.

“Mei tahun lalu, dia menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju sebelum menjalani kemoterapi sejak Jun lalu,” katanya.

Ary yang pernah mengacara program MTV dan menyertai program realiti Masterchef Malaysia, mempunyai tiga anak iaitu Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

“Anak sudah mengetahui keadaan ibu mereka sejak awal menghidap kanser. Anak sulung kami sudah matang, malah banyak mengambil tahu mengenai perubatan.

“Pelangi banyak menumpahkan perasaannya menerusi lukisan manakala Ratu masih dalam proses pembelajaran untuk menerima kenyataan itu,” katanya.

Ary Malik kritikal

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *