mh177.transformed_1.jpg

AS, JIT kerjasama buru dalang tembak MH17

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ANGGOTA penyiasat memandang sebahagian bangkai pesawat MH17 yang ditembak oleh peluru berpandu darat yang dilancarkan kumpulan pemisah pro-Russia di timur Ukraine. – Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) akan terus bekerjasama dengan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) untuk membawa dalang yang menembak jatuh MH17 ke muka pengadilan.

Jurucakap Jabatan Negara AS, John Kirby, ketika menyatakan komitmen itu, menyifatkan bukti baharu yang dikemukakan oleh JIT semalam sebagai selari dengan kenyataan Setiausaha Kerajaan AS, John Kerry, sebelum ini.

“Kerry pernah menyatakan pesawat MH17 ditembak oleh peluru berpandu darat ke udara yang dilancarkan kumpulan pemisah pro-Russia di timur Ukraine.

“JIT antara lain turut mengesahkan pelancar peluru berpandu itu dibawa masuk dari Russia ke kawasan dikuasai golongan pemisah di Ukraine sebelum kejadian berkenaan.

“Selepas MH17 ditembak jatuh sehingga mengorbankan 298 penumpang dan kru penerbangan, pelancar itu didapati dikembalikan ke Russia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kirby berkata, pengumuman JIT itu Adalah sinar baharu kepada waris penumpang supaya dalang yang menembak jatuh pesawat MH17 boleh dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal.

AS, JIT kerjasama buru dalang tembak MH17

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *