kiko20.transformed.jpg

Asensio selamatkan maruah Real

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MADRID: Penyerang Real Madrid, Marco Asensio meledak gol menerusi rembatan voli pada minit ke-89 untuk Menyodorkan kemenangan 1-0 skuad juara Eropah itu ke atas Leganes pada suku akhir pertama Copa del Rey.

Jurulatih Real, Zinedine Zidane mengetepikan Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale untuk memberi ruang kepada skuad kedua tetapi gandingan pemain mudanya gagal menyerlah hinggalah Asensio menjaringkan gol.

PERTAHANAN Real, Daniel Carvajal (tengah) dan penjaga gol, Kiko Casilla cuba menghalang asakan penyerang Leganes, Claudio Beauvue (kanan). – Foto EPA

Real kelihatan bergelut ketika menentang Leganes dan terlepas lapan peluang menjaringkan gol dan membuktikan mereka Tak bersungguh untuk menghadapi Copa del Rey walaupun sebahagian besar penyokong setia kelab Madrid itu memenuhi Stadium Butarque.

Rembatan Mateo Kovacic tersasar jauh sebelum rehat sebelum penjaga gol Real, Kiko Casilla menepis rembatan penyerang Leganes, Claudio Beauvue.

Pemain antarabangsa Sepanyol, Asensio yang menerima hantaran lintang Theo Hernandez, melakukan voli untuk menghasilkan gol yang dicari Real.

MATEO Kovacic (kanan) diasak pemain Leganes, Ruben Perez pada suku akhir pertama Copa del Rey di Municipal Butarque, sebentar tadi. – Foto REUTERS

“Kami Tak mengatakan bahawa kami bermain baik tetapi kami beroleh keputusan yang kami mahukan,” kata Zidane.

“Kami perlu mula mencatat kemenangan, kami perlu terus bersabar dan percaya kami mampu melakukannya jika kami bersatu. Kemenangan ini akan menjana lebih banyak kemenangan pada masa akan datang.”

Kedua-dua pasukan akan mengharungi perlawanan timbal balik di Santiago Bernabeu, 24 Januari ini. – REUTERS

Asensio selamatkan maruah Real

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *