jangkit1_cropped_1513027631.jpg

Asma Yaya 'jangkit' Wan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelakon Yaya Maembong kini hamil anak kedua dan sepanjang lapan bulan suaminya, pelakon Wan Raja menghidap asma sehingga dimasukkan ke hospital beberapa kali.

Uniknya, sebelum ini Yaya yang menghidap asma, tetapi kini penyakit itu ‘menumpang’ suaminya.

Menurut Wan, selama ini dia Tak ada masalah kesihatan dan berharap penyakit itu hilang Bila Yaya bersalin.

Pernah ketika menjayakan babak memukul pelakon Amirul Affendi dalam drama Matahari Cerah Lagi, Wan pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Bagi mengatasi masalah asma, Wan menjaga pemakanannya dan Tak bersukan kerana cepat penat.

“Mungkin kerana Tak bersenam berat badan saya naik mendadak. Saya tunggu sehingga Yaya bersalin untuk mengetahui sama ada pe­nyakit ini akan sembuh atau terus melekat. Barangkali Allah mahu mengurangkan beban yang ditanggung Yaya. Dalam keadaan sekarang, dia agak penat kerana menjaga anak sulung kami, Seri Aileen Marissa yang berusia setahun lapan bulan.

“Seri lasak dan tak reti duduk diam, dia berlari satu rumah. Seri juga masih me­nyusu badan meskipun Yaya hamil lapan bulan.

“Saya bersyukur dengan kurniaan Allah itu dan bayi yang Akan lahir dijangka lelaki. Kehadirannya sudah pasti melengkapi keluarga kecil kami.

“Saya akan berusaha mencari rezeki lebih demi kestabilan kewangan rumah tangga kami. Tiada apa lagi yang saya minta daripada-Nya melainkan kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan sehingga akhir hayat kami berdua serta anak-anak,” katanya.

Kebelakangan ini, Wan mempunyai hobi baru iaitu berkebun yang sebelum ini Tak pernah dilakukan­nya. Laman rumah mereka dimanfaatkan dengan menanam pelbagai sayuran dan tumbuhan lain.

“Sejak bujang lagi jika tiada penggambaran drama, saya lebih Senang menghabiskan masa di rumah. Selepas berkahwin saya tetap sama dan banyak meluangkan masa bersama keluarga.

“Yaya isteri dan rakan karib saya, ke mana sahaja kami akan bersama-sama kecuali saya ada komitmen kerja,” katanya.

Bercerita lanjut perihal karier, meskipun jarang diberikan watak utama rezeki Wan dalam bidang lakonan Tak pernah putus.

“Bila makin berusia nanti, saya mungkin dihujani tawaran sebagai bapa. Saya tak kisah asalkan dapat meneruskan kelangsungan dalam bidang seni.

“Hari ini saya akan terbang ke Lahad Datu, Sabah untuk penggambaran telefilem yang mengangkat kisah benar arahan Jalil Hamid. Telefilem ini terbitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

“Ia mengisahkan seorang guru dari Semenanjung lakonan saya ditukarkan ke Sabah dan berjumpa jodoh di sana.

“Saya tak sabar mahu bekerja dengan abang Jalil yang juga pelakon hebat,” katanya.

Wan dan Yaya ditemui pada sambutan ulang tahun ketiga perkahwinan mereka di Berjaya Times Square Hotel yang menaja sepenuhnya acara itu.

Jelas Yaya, sepatutnya mereka meraikan ulang tahun perkahwinan pada hari ini namun ia dipercepatkan kerana Wan akan ke Lahad Datu.

“Alhamdulillah saya bahagia dengan perkahwinan ini dan kelahiran anak kedua yang dijangka pada 5 Februari tahun depan menyempurnakan keluarga kami.

“Sepanjang kehamilan ini tiada alahan teruk cuma penat ‘berkejar’ dengan Seri. Saya belum rancang nak berpantang di mana,” katanya.

Yaya yang semakin jarang berlakon kerana terikat dengan komitmen sebagai ibu kini mengusahakan perniagaan dalam talian bersama adik-beradiknya. Mereka menjual tudung yang coraknya dilukis sendiri pelakon Emma Maembong.

Mereka turut berniaga gincu dan baju kanak-kanak yang diinspirasikan daripada Seri.

Asma Yaya 'jangkit' Wan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *