ayupense.transformed.jpg

Ayu Puteh nikahi Aiman, Januari depan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

AIMAN Ismail dan Datuk Ayu Puteh.

KUALA LUMPUR: Pemilik Syarikat Pencil Pictures & Records, Datuk Ayu Puteh, 39, Akan mengahwini Seniman naungannya, penyanyi baharu, Aiman Ismail, 27, Januari depan.

Pasangan yang bercinta sejak setahun lalu, akan dinikahkan di sebuah masjid di Damansara, Petaling Jaya, pada 7 Januari. Majlis bersanding sebelah keluarga pengantin perempuan akan diadakan pada 14 Januari, disusuli keluarga lelaki pada 21 Januari.

Mengesahkan perkara itu, Aiman memberitahu BH Online, dia percaya jodohnya sudah ditentukan Tuhan biarpun Tak pernah terfikir Akan mengahwini wanita berstatus ibu tunggal.

“Saya percaya soal jodoh ini ketentuanNya. Seumur hidup, saya tak pernah bermimpi atau terbayang akan berkahwin dengan wanita berstatus ibu tunggal, memiliki anak dan berpangkat tinggi.

“Namun, saya bersyukur Tuhan utuskan saya jodoh begitu. Malah, Akan isteri saya juga sangat baik dan memahami,” katanya.

Ayu yang aktif menerbitkan filem dan produk seni, memiliki empat anak hasil daripada perkahwinan lalu. Dua daripada anaknya Adalah penyanyi iaitu Wana dan Fian Ali.

Aiman berkata, dia mengenali Ayu secara profesional sejak tiga tahun lalu.

“Selepas dua tahun, kami mula rapat dan jadi lebih intim sejak setahun lalu,” katanya.

Mengenai persiapan perkahwinan, Aiman memberitahu, semuanya dilakukan secara sederhana.

“Ayu juga sibuk dengan filem terbitan terbaharunya, Bopeng yang akan ditayangkan pada 22 Disember ini.

“Saya pula, selain sibuk dengan single kedua, sedang mempromosikan produk krim Opiel Secrets yang diusahakan syarikat Akan isteri saya,” katanya.

Ayu Puteh nikahi Aiman, Januari depan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *