image281429.jpg

Azmil Mustapha masuk hospital kerana sesak nafas

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BEKAS pelakon filem Ali Setan, Azmil Mustapha dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Langkawi setelah mengalami sesak nafas tengah hari tadi.

Berita tersebut Di Katakan adiknya, Aziph Mustapha dalam laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

Menurut Aziph, abangnya menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah di Utara sejak kelmarin.

“Selesai ceramah, abang saya dan beberapa jemaah berjalan-jalan ke Nusa Langkawi.

“Tengahari tadi, beliau mengadu sakit dada dan sesak nafas. Jemaah yang bersama terus membawanya ke Hospital Langkawi,” katanya kepada Sinar Harian, sebentar tadi.

Jelasnya, keadaan Azmil masih stabil walaupun masih berada di wad kecemasan untuk pemantauan lanjut.

“Doktor mengesahkan keadaan beliau stabil dan akan dipindahkan ke wad biasa. Abang saya juga akan berada di sana selama beberapa hari untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Azmil Mustapha masuk hospital kerana sesak nafas

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *