12balak2.transformed.jpg

Balak haram lebih RM100,000 dirampas

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, merampas balak haram bernilai RM125,250 dalam dua serbuan berasingan di negeri ini, petang semalam.

Serbuan pertama di sebuah gudang di Sungai Teban, Tubau di Bintulu, pada jam 4.30 petang itu, PPM yang menjalankan operasi bersama dengan Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya balak pelbagai jenis dan saiz yang bernilai RM108,150.

Turut dirampas dalam serbuan itu, sebuah jengkaut yang bernilai RM50,000.

Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Berpandukan maklumat awam dan risikan oleh Unit Rondaan Marin di kawasan Tubau, Bintulu pada Ops Landai Khas, pasukan kami bersama SFC menyerbu dan memeriksa sebuah gudang penyimpanan kayu balak.

Kayu bergergaji yang dirampas di Nanga Entabai, Julau. – Foto ihsan PPM

“Setelah pemeriksaan lanjut gudang itu didapati menyimpan kayu balak termasuk jenis belian yang Tak Tak mempunyai cop Jabatan Hutan Sarawak (JHS) serta kayu bergergaji tanpa cukai dan dokumen yang disyaki dimiliki secara haram,” katanya.

Salehuddin berkata, pemeriksaan lanjut  menemui 123 batang balak pelbagai saiz dan jenis.

Dalam satu lagi serbuan berasingan di Nanga Entabai, Julau, pada jam 4.30 petang semalam, PPM dari Sibu merampas 1,863 keping kayu bergergaji yang dianggarkan bernilai RM17,100.

Salehuddin berkata, berdasarkan maklumat orang awam, kayu bergergaji itu diproses di hutan dan dibawa keluar untuk dijual.

“Kedua-dua kes itu diserahkan kepada JHS untuk siasatan lanjut mengikut Ordinan Perhutanan 2015,” katanya.

Balak haram lebih RM100,000 dirampas

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *