prisonjail.jpg.transformed.jpg

Banduan merusuh, dua pegawai penjara ditikam

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

FOTO hiasan.

NASHVILLE: Penjara di Tennessee ditutup selepas tiga pegawai pemulihan diserang termasuk dua yang ditikam beberapa kali dalam rusuhan membabitkan 16 banduan, kelmarin.

Jabatan Pemulihan Tennessee berkata, banduan menyerang pegawai dan menahan seorang tebusan selama tiga jam di unit penempatan Kompleks Perindustrian Turney.

Penjara berkenaan terletak di Hickman, kira-kira 96 kilometer ke barat daya Nashville.

Dalam sidang akhbar hari ini, Pesuruhjaya Jabatan Pemulihan, Tony Parker, berkata kejadian tanpa provokasi itu dilakukan banduan yang dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan penjenayah.

Parker berkata, serangan bermula dengan perbualan antara pegawai dan seorang banduan ketika mereka kembali dari kawasan rekreasi.

Banduan berkenaan dilaporkan menyerang pegawai tanpa sebab sebelum keadaan menjadi tegang

Jabatan mengerahkan Unit Operasi Khas dan keadaan dapat dikawal selepas tiga jam.

Pegawai yang cedera dibawa dengan helikopter ke hospital dan dilaporkan stabil. – AP

Banduan merusuh, dua pegawai penjara ditikam

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *