bhpindah19-O_BHfield_image_listing_featured.var_1571448758.jpg

Banjir: 194 penduduk dari 3 daerah Perak dipindahkan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

IPOH: Seramai 194 penduduk membabitkan 58 keluarga dari tiga daerah negeri ini terpaksa dipindahkan akibat banjir susulan hujan lebat, semalam.

Setakat jam 7.30 pagi tadi, 92 mangsa di daerah Hilir Perak ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan.

Kawasan terjejas ialah Kampung Batu 9, Batu 7, Batu 8, Lorong Mesra Batu 7 1/2, Batu 8 (Lorong Sidang Osman) dan Batu 8 (belakang Klinik Desa).

Di daerah Batang Padang pula, 81 penduduk dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Klah Baru, Sungkai, manakala di Hulu Perak, 21 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Malau, Lenggong.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Klah Baru, Sungkai. – Foto ihsan APM

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam satu kenyataan, hari ini, berkata PPS SK Changkat Jong dibuka pada jam 11 malam tadi bagi menempatkan mangsa banjir daripada 23 keluarga.

“Di daerah Batang Padang pula, bilangan penduduk dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Klah Baru meningkat kepada 81 orang daripada 27 keluarga, pagi ini, berbanding 72 mangsa pada malam tadi,” katanya.

Katanya, ia susulan paras air Sungai Klah meningkat dan melimpah menyebabkan beberapa rumah dimasuki air.

Namun, air yang menenggelami laluan utama kampung terbabit sudah surut, tengah malam tadi.

Keadaan banjir kilat yang melanda Kampung Malau Baru, Lenggong. – Foto ihsan APM

“Di daerah Hulu Perak, 21 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Malau pada jam 11 malam tadi.

“Air Sungai Malau melimpah dan menenggelamkan rumah penduduk akibat hujan lebat berterusan sejak petang semalam Sampai malam tadi.

“Bagaimanapun, keadaan semakin baik dan air Berawal Dari surut, pagi ini. Namun, cuaca masih mendung,” katanya.

Banjir: 194 penduduk dari 3 daerah Perak dipindahkan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *