1485738441_31banjire.transformed.jpg

Banjir di Johor semakin pulih

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SEBATANG jalan di Bukit Senggeh, Segamat hari ini ditenggelami air yang berarus deras dan merbahaya kepada kenderaan. – Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Banjir di Johor semakin pulih dengan 1,820 mangsa dari 510 keluarga masih ditempatkan di 28 pusat pemindahan di tiga daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 8 pagi ini, 1,141 mangsa daripada 307 keluarga ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara di daerah Segamat.

Katanya, di daerah Tangkak, tiada perubahan dengan 269 mangsa daripada 83 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan.

“Seramai 410 mangsa daripada 120 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan di daerah Muar,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, Jalan Pogoh-Tekam, Jalan Kuala Paya-Balai Badang, Tumang Batu Anam – Kawasan Ladang dan laluan ke Lubuk Lanjut serta laluan ke Tangga Batu-Tahang Rimau di daerah Segamat masih ditutup kepada semua lalu lintas.

Beliau berkata, Jalan Muar-Labis di kilometer 61 dan jambatan Kampung Sungai Pinggan di Pontian, juga masih ditutup.

Banjir di Johor semakin pulih

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *