WhatsApp_Image_2017-11-04_at_6.28.03_PM.jpeg.transformed.jpg

Banjir kilat lagi di Nusa Pinang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

GEORGETOWN: Hujan lebat yang berterusan sejak tengahari tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini sekali lagi dilanda banjir kilat.

Hujan lebat yang mula turun sejak jam 2 petang turut menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air mencecah paras sehingga kira-kira 0.3 meter.

Antara kawasan yang terjejas Adalah Jalan P Ramlee, Lebuh Carnavon, Lebuh Muntri, Lorong Kinta, Jalan Anson, Lebuh Kimverly, Lebuh McNair dan beberapa kawasan di Seberang Perai.

HUJAN lebat sejak jam 2 petang tadi menyebabkan banjir kilat melanda Nusa Pinang hari ini.

Jurucakap bomba berkata, banjir kilat dipercayai berpunca daripada taburan hujan yang tinggi ketika waktu air laut pasang.

“Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan yang dibuka dan semuanya masih dalam keadaan terkawal.

“Banjir kilat juga menyebabkan beberapa laluan utama terpaksa ditutup bagi mengelakkan sebarang kejadian Tak diingini,” katanya.

HUJAN lebat sejak jam 2 petang tadi menyebabkan banjir kilat melanda Nusa Pinang hari ini.

Banjir kilat lagi di Nusa Pinang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *