mustafffraz.transformed.jpg

Bank Rakyat tawar pembiayaan penuh Perodua Bezza

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENGARAH Urusan yang juga Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak (kanan) memandang kereta Perodua Bezza pada majlis sambutan Konvoi Perodua Bezza 2016 di Menara Kembar Bank Rakyat (MKBR), Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Azhar Ramli

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menawarkan pembiayaan sehingga 100 peratus bagi pembelian kenderaan keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), khususnya Perodua Bezza, dengan tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun.

Pengarah Urusan yang juga Presidennya, Datuk Mustafha Abd Razak, berkata bank itu juga menawarkan Skim Ansuran Mudah sifar peratus kepada pemegang Kad Kredit-i baharu dan sedia ada untuk bayaran pendahuluan bagi pembelian kenderaan PERODUA.

“Tawaran menarik ini bertujuan mengurangkan beban pembeli untuk mendapatkan wang pendahuluan dan memiliki kenderaan terbabit tanpa halangan,” katanya kepada media pada majlis sambutan Konvoi Perodua Bezza 2016 di Menara Kembar Bank Rakyat (MKBR), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Dr Zahari Husin.

Mustafha berkata, Bank rakyat menyasarkan peningkatan penguasaan pasaran dalam segmen pembiayaan pembelian kereta PERODUA kepada 20 peratus menjelang hujung tahun ini berbanding 14 peratus ketika ini, dipacu oleh pelancaran Bezza.

“Dengan pelancaran sedan baharu itu, kami jangka penguasaan pasaran kami akan meningkat kepada 20 peratus menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Zahari berkata, setakat ini, PERODUA menerima sebanyak 5,000 tempahan dalam tempoh lima hari.

“Daripada jumlah itu, 50 peratus Adalah bagi model 1.3L Advance, 35 peratus (1.3L Premium X), manakala baki 15 peratus untuk model 1.0L AT/MT,” katanya.

Bank Rakyat tawar pembiayaan penuh Perodua Bezza

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *