27huret.transformed.jpg

Bantu kekasih menyusup keluar dari Perancis

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Beatrice Huret bersama bukunya berjudul “Calais Mon Amour” di sebuah kedai buku di Calais, Perancis utara, 15 Jun, 2017. Dalam bukunya Huret menceritakan kisah percintaannya dengan kekasihnya, Mokhtar, seorang pendatang Iran yang telah berjumpa di Yang dikenali sebagai kem pelarian Jungle di Calais. Gambar diambil pada 15 Jun 2017. – Foto REUTERS

LILLE: Bekas penyokong parti antipendatang, National Front (FN), dihadapkan ke mahkamah hari ini, kerana didakwa membantu kekasihnya warga Iran menyusup keluar ke Britain.

Jika sabit kesalahan, Beatrice Huret, 45, Akan berdepan hukuman penjara kerana membantu Mokhtar yang dikenalinya ketika berkhidmat sebagai sukarelawan di kem pendatang di Calais, keluar dari Perancis dengan menaiki bot.

Huret Adalah antara beberapa penduduk sekitar Perancis yang didakwa kerana membantu pendatang secara Tak sah sejak kebelakangan ini.

Setakat ini, tiada tertuduh yang dipenjara, namun baru-baru ini seorang petani didenda AS$3,300 (RM14,155).

Sementara itu, peguam Huret akan memohon mahkmah di Boulogne-sur-Mer mengenepikan kes itu kerana mendakwa anak guamnya bertindak atas ‘alasan kemanusiaan’.

Huret Akan dibicarakan bersama tiga tertuduh lain kerana terbabit dalam rangkaian penyeludupan dan ada di antara dituduh berbuat demikian bagi meraih keuntungan kewangan.

Pada Februari 2015, Huret dilaporkan pernah membantu pendatang Sudan yang menyusup masuk ke Perancis.

Beliau berkhidmat sebagai sukarelawan di kem pendatang di Calais selepas suaminya, anggota polis yang bertugas di sempadan, meninggal dunia pada 2010 akibat kanser. – AFP

Bantu kekasih menyusup keluar dari Perancis

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *