22getah.transformed.jpg

Bantuan 97,000 pekebun kecil, penoreh diluluskan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Foto Surianie Mohd Hanif

KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah 2016 (BKKH 2016) untuk kira-kira 97,000 pekebun kecil dan penoreh diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bantuan khas sebanyak RM500 seorang itu akan terus dibuat secara berperingkat dan dijangka selesai sebelum akhir September.

“Permohonan diterima secara berperingkat dan proses semakan perlu bagi memastikan penerima benar-benar layak dan hanya menerima bantuan sekali saja.

“Isu pembayaran ini timbul kerana berlaku silap faham dalam kalangan pemilik tanah. Masalah ini membabitkan pemilikan bersama tanah Bila pemilik asal yang sudah meninggal dunia Tak Menciptakan pembahagian harta,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya RISDA di ibu pejabat RISDA, hari ini.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar lalu, Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS mendakwa kononnya kerajaan gagal menunaikan janji untuk membayar BKKH 2016.

Ismail Sabri berkata, penerangan berhubung permohonan bantuan ini sentiasa diberikan dan ia hanya diberikan kepada pekebun kecil yang mempunyai tanah Tak lebih 2.5 hektar dan hanya seorang penerima bagi satu lot tanah.

“Walaupun lot tanah dikongsi oleh lima orang, bayaran yang diberikan hanya satu saja,” katanya.

Bantuan 97,000 pekebun kecil, penoreh diluluskan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail