21dasdk.transformed.jpg

Bapa, anak lemas di Pantai Sri Telong

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BACHOK: Kegembiraan lapan keluarga bercuti berakhir dengan tragedi Bila dua beranak lemas, manakala seorang lagi hilang di Pantai Sri Telong, Melawi, di sini.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, Wan Halem Wan Mustapha, 44 dan anak lelakinya, Wan Muhammad Muzzammil Wan Halem, 7, ditemui orang awam.

Seorang lagi mangsa, Wan Ukkasyah Wan Halem,12, dilaporkan masih hilang.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Syam, berkata pengunjung terdengar jeritan meminta tolong daripada anak mangsa yang mandi di pantai itu.

“Bapa mangsa dilihat terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan anak, namun gagal Bila dia sendiri lemas dibawa arus.

ANGGOTA bomba dan penyelamat serta polis dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memeriksa Jenazah Wan Halem Wan Mustapha,44 dan anak lelakinya, Wan Muhammad Muzzammil Wan Halem, 7, yang ditemui lemas ketika mandi di Pantai Sri Telong, Bachok sementara seorang lagi anak perempuan mangsa, Wan Ukkasyah Wan Halem,12, dilaporkan masih hilang. – Foto Ihsan Pembaca

“Jenazah mangsa dan anak lelakinya ditemui pengunjung Tak jauh dari tempat kejadian, manakala seorang lagi masih hilang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Difahamkan, keluarga berkenaan dari Kampung Bunut Payong bercuti ke pantai berkenaan sempena cuti sekolah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Muhammad Khairu Yusoff, berkata 12 anggota bomba dari Balai Bomba Bachok dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik sampai, kita mendapati dua mangsa iaitu bapa dan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun sudah ditemui oleh orang awam.

“Pihak kita masih meneruskan pencarian seorang lagi mangsa yang hilang,” katanya.

Bapa, anak lemas di Pantai Sri Telong

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *