Rebecca.jpg

Bapa Rebecca Meninggal Dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Salam takziah diucapkan kepada pelakon wanita, Rebecca Nur Al Islam yang baru sahaja kehilangan bapa tercintanya semalam. Berita ini telah dikongsikan sendiri oleh Rebecca menerusi video di akaun instagram miliknya.

“Innalilawainalillahirojioun..Suddenly Papa…i can’t live without you my dad😢🙏 #mrsazam #alfatihah #mypapa #mydaddy #05062017,” tulis kapsyen videonya.

Bapa Rebecca, Ahmad bin Ariffin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Johor Baharu dan di dalam video tersebut Rebecca sedang dalam perjalanan pulang untuk memandang jasad arwah bapanya buat kali yang terakhir.

Rebecca juga turut berkata di seolah-olah Tak percaya tentang pemergian bapa buat selama-lamanya kerana dia baru sahaja berjumpa dengan bapanya baru-baru ini. Berita pemergian bapanya ini diketahuinya daripada abangnya.

Di akhir video ini, Rebecca sempat meminta agar pengikut-pengikutnya di instagram untuk sedekahkan Al Fatihah buat arwah bapanya itu.

Sungguh sayu rasa hati Bila melihatkan air mata seorang anak yang mengalir kerana meratapi dan bersedih atas pemergian bapanya.

Semoga pemergian bapanya di dalam bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini, bapanya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan semoga rohnya tenang di sana.

Bapa Rebecca Meninggal Dunia

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *