23bashar.transformed.jpg

Bashar al-Assad lantik PM baharu Syria

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

GAMBAR diambil pada 11 Julai, 2013, bekas Menteri Elektrik, Imad Khamis dilantik Presiden Syria, Bashar al-Assad sebagai Perdana Menteri baharu Syria. – Foto AFP

DAMSYIK: Presiden Syria Bashar al-Assad semalam melantik Menteri Elektrik, Imad Khamis sebagai Perdana Menteri baharu negara itu.

Assad menugaskan Khamis untuk membentuk kerajaan baru, lapor agensi berita rasmi SANA.

Beliau perlu mengemukakan cadangan untuk pelantikan menteri baharu beberapa hari akan datang.

Jurutera berusia 54 tahun itu menggantikan Wael al-Halqi yang memegang jawatan itu sejak Ogos 2012.

Perubahan berlaku dua bulan selepas parti Baath Assad dan sekutu-sekutunya memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya parlimen yang ditolak antarabangsa sebagai palsu.

Khamis, seorang jurutera elektrik berkhidmat sebagai Menteri Elektrik Syria sejak 2011.

Sejak Mac 2012, beliau disekat Kesatuan Eropah (EU), yang menuduh beliau berkongsi “tanggungjawab ke atas penindasan ganas rejim terhadap penduduk awam.”

Konflik Syria bermula pada 2011 dengan bantahan meluas menuntut reformasi sebaliknya merebak menjadi perang saudara Sampai menyebabkan 280,000 orang wafat,meninggal. – AFP

Bashar al-Assad lantik PM baharu Syria

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail