mckk-bahas.transformed.jpg

BASIS, MCKK juara bahas Piala Perdana Menteri

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUMPULAN Lelaki dari MCKK menjuarai kategori bahasa Inggeris, kumpulan perempuan dari BASIS menjuarai kategori Bahasa Melayu pada Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-43. – Foto Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Sains Banting (BASIS) pertama kali muncul juara mengenepikan saingannya dari Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dalam Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-43 bagi kategori bahasa Melayu di Dewan Aminuddin Baki Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM), di sini, har ini.

Kategori bahasa Inggeris pula dimenangi oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), yang memenangi johan dua kali berturut-turut pada tahun 2014 dan 2015.

Kedua-dua sekolah menerima hadiah wang tunai RM4,000 bersama piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Manakala pembahas terbaik kategori bahasa Melayu Zulaika Zamaluddin, 17 dan bahasa English, Amir Aniq Abdul Hazis, 17, masing-masing dari BASIS dan MCKK menerima RM1,000, piala iringan dan sijil.

Hadiah Di Katakan oleh Pakar Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pakar Lembaga Pengarah Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Prof Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar.

Amir Aniq berkata, kejayaan itu bukan bahagia dicapai setelah banyak halangan perlu ditempuhi, malah kegagalan sebelum ini banyak mengajar mereka untuk bangkit, sekali gus mengekalkan penyandang sebagai johan tiga tahun berturut-turut.

“Seorang pembahas perlu menjaga disiplin seperti sentiasa mengetahui isu semasa dan banyak membaca,” katanya yang juga ketua kumpulan.

Sementara itu, Zulaika berkata, kejayaan berkenaan banyak didorong motivasi oleh ibu bapa, guru dan rakan-rakan serta komitmen daripada semua.

“Bagi saya setiap pembahas perlu ada tiga P iaitu pembahas, pembimbing dan pengorbanan dan percaya setiap peserta yang datang mempunyai kelebihan tersendiri,” katanya.

Info

  • Topik bahas bahasa Melayu ‘Teknologi mekanisma terbaik membanteras jenayah’.
  • Topik bahas bahasa English ‘This house believes “That in the name of humanity all contries should take in refugees tbat suffer from humanitarian crisis”.
  • 69 buah sekolah berasrama penuh mengambil bahagian.

BASIS, MCKK juara bahas Piala Perdana Menteri

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *