08ieman.transformed.jpg

Bayi 8 bulan derita empat penyakit

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

IEMAN Fayruzz Mikhail Abdul Rahim, menghidap jantung berlubang serta masalah paru-paru kronik. Ieman bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan untuk meneruskan hidup. – Foto Muhd Adib

ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang menghidap jantung berlubang serta masalah paru-paru kronik kini bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan untuk meneruskan hidup.

Selain dua penyakit itu, Ieman Fayruzz Mikhail Abdul Rahim, turut mengalami masalah sawan dan lelah, yang memerlukannya menerima perhatian khusus 24 jam.

Ibunya, Nor Hidayu Halim, 27, berkata Ieman Fayruzz disahkan menghidap penyakit itu ketika berusia tiga bulan dan sejak itu bayi berkenaan mendapat rawatan berterusan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dan Hospital Nusa Pinang (HPP).

“Saya perlu memberi perhatian 24 jam ke atasnya kerana bimbang dia diserang sawan, …jika ini berlaku ia boleh menyebabkan jantungnya berhenti berdegup.

“Ieman Fayruzz memang bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan dan buat masa sekarang, kami bernasib baik kerana HPP meminjamkan mesin bantuan pernafasan untuk kegunaan bayi kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota Nelayan di Kuala Kedah, di sini.

Nor Hidayu berkata, Ieman Fayruzz sepatutnya berada dalam bilik khas dilengkapi penghawa dingin, tetapi dia dan suami Tak mampu menyediakannya menyebabkan Ieman Fayruzz hanya diletakkan di ruang tamu rumah dengan kipas dipasang 24 jam tanpa henti.

Kisah mengenai nasib menimpa Ieman Fayruzz tersiar melalui laman sosial Facebook dan orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Nor Hidayu di talian 017-4091284.

Bayi 8 bulan derita empat penyakit

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *