1491085878_image28529.jpg

Bayi berperwatakan orang dewasa

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MUNGKIN kita sudah biasa menonton animasi yang menampilkan pelbagai jenis haiwan bercakap dan berinteraksi dengan manusia, namun bagaimana pula dengan bayi yang boleh melakukan perkara yang sama, malah berkelakuan seperti orang dewasa?

Syarikat produksi Dream Works Animation tampil dengan sesuatu yang menarik menerusi filem The Boss Baby, sebuah kisah diadaptasi buku popular karya Marla Frazee menggunakan tajuk yang sama.

Lebih menarik, filem ini Adalah hasil buah tangan Tom McGrath, pengarah sebelum ini cukup terkenal dengan filem-filem box-office seperti Megamind dan Magadascar.

The Boss Baby mengisahkan tentang Tim Templeton (Tobey Maguire), kanak-kanak tujuh tahun yang cemburu dan berasa terancam dengan kehadiran adik barunya, Boss Baby (Alec Baldwin).

Selepas kehadiran Boss Baby yang tampil unik dengan sut pejabat dan briefcasenya, Tim berasakan ibu bapanya terlalu memberi perhatian kepada adik barunya itu menyebabkan dia merancang untuk mendapatkan kembali kasih sayang ibu bapanya dengan cuba mencari kesalahan bayi itu.

Suatu malam, Time mendapati Boss Baby sebenarnya bukanlah bayi biasa, sebaliknya boleh bercakap dan berperwatakan seperti orang dewasa, malah dia juga Adalah seorang pekerja di sebuah syarikat pembekalan bayi.

Dari situlah bermulanya konflik di antara keduanya sehingga mencetuskan pelbagai kekecohan dengan aksi lucu.

Filem ini mengetengahkan isu kasih sayang sebagai tema utama dan dekat dengan semua orang.

Kisah adik-beradik cemburu antara satu sama lain sering berlaku dalam keluarga, namun Tom McGrath bijak menambah rencah menyelitkan isu-isu lain sebagai penguat cerita.

Penonton bukan sekadar terhibur aksi-aksi comel dan lucu watak-watak utamanya, tetapi juga dalam masa sama turut beremosi dengan aksi yang menyentuh hati.

Secara keseluruhannya, filem ini banyak menyelitkan mesej dan pengajaran secara Tak langsung bukan hanya untuk si cilik, tetapi juga untuk penonton dewasa agar lebih memahami dunia kanak-kanak.

The Boss Baby sebuah filem yang cukup menghiburkan dan berbaloi ditonton seisi keluarga.

Bayi berperwatakan orang dewasa

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *