bayitinggal.transformed.jpg

Bayi dalam kotak ditinggalkan depan masjid

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

BAYI lelaki bersama sekeping nota yang diletakkan di dalam kotak ditemui di hadapan Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki yang diletakkan di dalam kotak ditemui di hadapan Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, malam tadi.

Difahamkan, orang ramai menemui bayi berkenaan kira-kira jam 7 malam dengan tubuhnya dibalut kain batik bersama patung mainan.

Sekeping nota turut ditemui bersama bayi dalam kotak berwarna hitam itu.

Nota yang dipercayai ditulis ibu bayi berkenaan, antara lain menyatakan bayi itu ditinggalkan kerana Tak mampu dijaga.

“Assalamualaikum. Jika anda membaca nota ini, bayi ini dilahirkan pada 21 November 2016. Tindakan saya terhadap bayi ini Adalah bukan saya Tak mahu tetapi saya Tak mampu.

“Jadi saya ingin memberi rezeki saya kepada mereka yang lebih layak dan mampu. Insya Allah, jika punya jodoh, kita akan berjumpa. I love you,” kata nota itu.

Penemuan berkenaan menjadi perhatian selepas selepas gambar bayi dan nota berkenaan tersebar luas di media sosial.

Bayi dalam kotak ditinggalkan depan masjid

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail