17walker.transformed.jpg

Bayi Donald Trump cetus huru hara di Afghanistan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KABUL: Donald Trump terjatuh daripada ‘walker bayi’ dan bergolek-golek di sekitar rumah sederhana keluarganya di ibu kota Afghanistan di sini, Tak menyedari huru hara akibat namanya di negara konservatif Islam itu.

Ibu bapa bayi itu menamakannya sempena jutawan hartanah yang juga Presiden Amerika Syarikat (AS) dengan harapan memperoleh kejayaan sama.

Namun kini bayi itu berada di tengah-tengah kecaman media sosial di Afghanistan selepas gambar dokumen pengenalannya disiarkan di Facebook.

Seorang peminat Trump, Sayed Assadullah Pooya berkata, beliau dan isterinya dibanjiri komen ‘kesat dan menghina’ menyerang pilihan nama untuk anak ketiganya.

Sesetengah pengguna Facebook malah sanggup mengugut membunuh Sayed kerana memberi anak lelakinya nama ‘kafir’ sementara yang lain menuduhnya membahayakan nyawa bayinya.

Donald Trump, yang berusia sekitar 18 bulan, bermain di rumahnya di Kabul. – Foto AFP

Malah ada yang mendakwa, Sayed menggunakan nama itu untuk memudahkannya memohon suaka di AS, dakwaan ditolak guru berusia 28 tahun itu.

“Saya Tak tahu rakyat Afghanistan amat sensitif mengenai nama,” katanya kepada AFP mengatakan seseorang menghantar gambar itu di talian, mencetuskan kontroversi memaksanya menutup akaun Facebook miliknya.

Malah jirannya di kawasan Syiah di ibu kota ini mengugut keluarga itu dan memaksa mereka berpindah.

Donald dilahirkan di wilayah tengah Daikundi, beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Presiden AS 2016, di ladang di mana ibu bapa Sayed dan datuknya menanam badam, gandum dan jagung. -AFP

Bayi Donald Trump cetus huru hara di Afghanistan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *