sumets.transformed.jpg

Bayi sumbing naik ETS jalani pembedahan di KL

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

NURBUSTANIAH Hussin memegang Nurhidayah Fatihah ketika menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di Arau jam 5 petang tadi. – Foto Eizairi Shamsudin

ARAU: Bayi berusia lima bulan, Nurhidayah Fatihah, yang mengalami sumbing muka, sebentar tadi berlepas ke Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan muka.

Bayi itu yang ditemani ibu bapanya, Nurbustaniah Hussin, 21, dan Mohamad Sejawi Abdul Rahman, 20, bersama tiga Pakar keluarga lain, menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di sini jam 5 petang tadi.

Mereka dijangka tiba di Stesen KL Sentral jam 10 malam ini.

Bayi istimewa itu dijangka menjalani pembedahan di bahagian muka pada 16 Mei ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, Selangor.

Nurbustaniah yang ditemui berharap proses pembedahan anak keduanya itu dipermudahkan dan berjalan lancar.

“Nurhidayah akan dibawa ke PPUM esok untuk dipantau terlebih dahulu… jika tiada halangan pembedahan dijangka pada 16 Mei ini,” katanya yang menjelaskan perjalanan mereka sekeluarga dibiayai oleh KTMB.

Penderitaan Nurhidayah mendapat perhatian ramai selepas gambar dan kisahnya ‘viral’ di laman sosial Facebook, pertengahan bulan lalu.

Bayi sumbing naik ETS jalani pembedahan di KL

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *