madius06ap.jpg.transformed.jpg

BDA ramal trend ancaman siber

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MENTERI Sains, Teknologi dan Penemuan, Datuk Seri Madius Tangau. – Foto Izhari Ariffin

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang membangunkan kapasiti Analitik Big Data (BDA) yang berupaya meramalkan trend ancaman siber semasa di negara dengan lebih mendalam.

Menteri Sains, Teknologi dan Penemuan, Datuk Seri Madius Tangau, berkata menerusi langkah itu, kerajaan akan lebih bersedia dan berupaya bertindak lebih proaktif dan inovatif menghadapi ancaman siber mendatang.

Katanya, usaha itu Adalah sebahagian daripada inisiatif diambil kementerian untuk meningkatkan keupayaan dalam menangani isu keselamatan siber dengan memberi tumpuan empat aspek utama.

“Empat aspek itu ialah keupayaan ramalan, keupayaan pencegahan, keupayaan tindak balas dan keupayaan pembetulan. Berkaitan keupayaan ramalan, siber sekuriti negara berupaya menjalankan analisis trend keselamatan siber dan juga analisis ancaman malware.

“Keupayaan ini membolehkan ancaman keselamatan siber ditangani dengan berkesan,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) ketika Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, pagi ini.

Mengulas lanjut, Madius berkata, Malaysia kini mempunyai keupayaan untuk memantau serangan siber secara ‘real time’ bagi membolehkan negara mengetahui tahap risiko siber negara sekali gus membolehkan kerajaan bersiap sedia dan menangani sebarang krisis pada setiap masa.

BDA ramal trend ancaman siber

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *