GERMANY-FBL-ENTERTAINMENT-BECKHAM-FILES.transformed.jpg

Beckham pilih Carlos ketua jurulatih pasukannya

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BEKAS pemain bola sepak ternama England, David Beckham. – Foto AFP

LONDON: David Beckham membariskan legenda Brazil, Roberto Carlos sebagai ketua jurulatih untuk projek membina pasukan sendiri di Miami, menurut laporan di Sepanyol.

Bekas kapten England itu merancang untuk memiliki pasukan Miami United dan projek itu berjalan mengikut masa dan akan dilancarkan pada kempen Major League Soccer (MLS) 2017.

Malah perancangan jangka panjangnya turut mahu memandang bintang Barcelona, Lionel Messi melebarkan sayapnya ke pasukan berpangkalan di Florida itu.

Walaupun peluangnya untuk menandatangani pemain terbaik dunia kelihatan sukar, Beckham dilaporkan bernasib baik kerana memiliki beberapa rakan sepasukannya di Real Madrid yang sedia membantunya.

Carlos dan Beckham Adalah sebahagian daripada bintang Galacticos di Bernabeu sebelum ini dan akhbar AS mendakwa bahawa mereka pernah bercakap mengenai kemungkinan untuk kembali bekerjasama.

Laporan itu mengesahkan Carlos begitu berminat dengan idea bekerjasama dengan Beckham. Dia kini menjadi pengendali Delhi Dynamos dalam Liga Super India dan sebelum ini pernah bersama Anzhi Makhachkala. – AGENSI

Beckham pilih Carlos ketua jurulatih pasukannya

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *