Kuala_Lumpur_Vertical_Cityaas.transformed_0.jpg

Bekas Pengerusi, Pengarah Besar FELDA tandatangan PA

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Misteri siapakah individu daripada FELDA yang menandatangani surat kebenaran memberi kuasa wakil penuh (PA) kepada Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) untuk membangunkan 24 lot tanah milik agensi itu di Jalan Semarak akhirnya terjawab pada sesi pertanyaan jawapan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dewan Rakyat diberitahu, individu yang menandatangani PA dalam perjanjian yang berlaku pada 3 Jun 2014 Adalah Pengerusi dan Pengarah Besar FELDA pada masa itu.

Tan Sri Isa Abdul Samad Adalah Pengerusi FELDA ketika itu, manakala Datuk Faizoull Ahmad Adalah Pengarah Besar FELDA.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim ketika menjawab soalan tambahan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) berkata, nama individu terbabit disebut dalam Laporan Audit Forensik yang ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat skandal tanah FELDA.

“Dalam dunia hari ini, kita Tak boleh sembunyikan (sesiapa). PA itu ditandatangani Pengerusi FELDA dan Pengarah Besar FELDA ketika itu.

KUALA Lumpur Vertical City. – Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

“Tetapi (jawapan ini) bukan (hendak menentukan) siapa betul atau siapa Keliru. Ini kerana siasatan sedang dijalankan. Saya sebut ini kerana dibangkitkan dan ada banyak syor serta penemuan dalam audit forensik,” katanya.

Sebelum ini, siapakah individu yang bertanggungjawab menandatangani PA itu masih ‘kabur’ dan Pengerusi FELDA pada masa ini, Tan Sri Shahrir Samad enggan menamakan mana-mana individu yang dipercayai terbabit dalam urusan pemindahan tanah FELDA di Jalan Semarak.

Beliau sebaliknya mengemukakan hasil laporan audit forensik kendalian firma luar yang dilantik Jabatan Perdana Menteri (JPM) mendapati secara kolektif, Lembaga Pengarah FELDA dan Felda Investment Corporation Berhad (FIC) terbabit dalam urusan itu.

Razali turut berkata, kerajaan Tak boleh mendedahkan semua 240 dokumen, minit mesyuarat lembaga FELDA dan audit forensik kerana ia masih dalam proses melengkapkan siasatan.

Bekas Pengerusi, Pengarah Besar FELDA tandatangan PA

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *