33614897_10156486456627458_687496987028750336_n.jpg.transformed.jpg

Bekas pengurus Erra Fazira meninggal dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Bekas pengurus Seniman era 1990-an, Sam Kassim meninggal dunia akibat akibat komplikasi jantung selain menghidap kanser prostat dan hati, pagi ini.

Difahamkan, Sam Kassim atau nama penuhnya, Samsubahri Kassim, 55, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Antarabangsa, di sini, kira-kira jam 5.20 pagi.

Selain Erra Fazira, Sam Kassim yang popular dalam kalangan penggiat industri seni dan media, pernah menjadi pengurus kepada Amy Mastura dan Noryn Aziz.

ALLAHYARHAM Sam Kassim bersama penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain.

Berpengalaman hampir 30 tahun dalam dunia hiburan, Sam ketika hayatnya pernah berkhidmat sebagai pegawai perhubungan awam di dua syarikat rakaman.

Terkini, Sam mengendalikan syarikat pengurusan acaranya yang ditubuhkannya. Antara Seniman yang pernah menggunakan perkhidmatan Sam Adalah Anuar Zain, Ning Baizura, Aiman Tino dan ramai lagi.

Jenazah Sam ketika ini dikapan dan disolatkan di Masjid Bukit Antarabangsa sebelum dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu untuk dikebumikan.

JENAZAH Allahyarham Sam Kassim dijangka dibawa pulang ke Terengganu, sebentar lagi. – Foto Zaidi Mohamad

Bekas pengurus Erra Fazira meninggal dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *