PapaJmeninggal.jpg

Bekas Penyanyi Asiarasa, Papa J Meninggal Dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Bekas penyanyi kumpulan Asiarasa yang popular lewat tahun 1980-an iaitu Jamal Manap, 55, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini kira-kira pukul 9.55 malam Jumaat.

Allahyarham dikatakan terjatuh di bilik air dalam rumahnya di Taman Kosas dan ditemukan oleh seorang pekerjanya untuk pergi berniaga dan kemudian dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Abangnya, Mohamad Sani, 57, berkata, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang sehinggalah dia meninggal dunia dipercayai akibat pendarahan dalam kepala.

Jamal yang masih bujang tinggal seorang diri.

Allahyarham yang terkenal dengan jolokan Papa J pernah mengganggotai kumpulan Asiarasa bersama bekas pengacara TV3 iaitu Khalid Ahmad dan muncul dengan Gita Tanda Ikatan.

Jamal turut dikenali kerana sering hadir sebagai penonton dalam rancangan Gegar Vaganza yang kerap menari bersama Chef Yang Jamil sebagai memberi sokongan kepada Seniman Menciptakan persembahan.

Kali terkahir beliau muncul dalam acara hiburan semasa program Doa Untukmu Rohingya anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) di Istana Budaya pada 1 Januari lalu.

Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini sebelum solat Zohor, Sabtu.

Bekas Penyanyi Asiarasa, Papa J Meninggal Dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *