yingluckk.transformed.jpg

Bekas PM Thailand tentang arahan bayar pampasan RM4b

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PERDANA Menteri Thailand yang dipecat, Yingluck Shinawatra. – Foto Reuters

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand yang dipecat, Yingluck Shinawatra, berkata beliau akan menentang arahan junta menuntut beliau membayar semula pampasan bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) secara peribadi bagi skim besar yang dikatakan dicemari rasuah.

Yingluck, dipecat berikutan arahan mahkamah beberapa hari sebelum tentera merampas kuasa pada 2014.

Sejak itu, beliau berhadapan kes perundangan yang disifatkannya bermotifkan politik, termasuk perbicaraan kecuaian berhubung dasar, yang boleh menyaksikan beliau dipenjara sehingga 10 tahun.

Di luar mahkamah hari ini, Yingluck memberitahu wartawan beliau menerima arahan ditandatangani dua hari lalu menuntut pampasan lebih AS$1 bilion bagi skim padi itu.

“Arahan itu melanggar hak saya dan ia Tak adil. Saya akan menggunakan hak saya untuk menafikan dakwaan itu dan dakwaan sivil,” katanya.

Katanya, beliau Tak akan mengulas lanjut kerana negara itu masih bersedih dengan kematian Raja Bhumibol Adulyadej, minggu lalu. – AFP

Bekas PM Thailand tentang arahan bayar pampasan RM4b

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *