17doktor1.transformed.jpg

Bekas Presiden PNB terima anugerah MSU

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SHAH ALAM: Management Science University (MSU) menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Pelaburan dan Kewangan kepada Pengerusi UMW Holdings Bhd, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, hari ini.

Anugerah itu diserahkan oleh Pro Canselor MSU, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, sempena sidang pertama Majlis Konvokesyen Ke-22 universiti itu, di sini.

Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid, berkata anugerah berkenaan diberikan kepada bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu selepas memandang sumbangan beliau ketika memegang jawatan berkenaan.

“Beliau (Hamad Kama Piah) sentiasa membawa berita gembira kepada lebih 13 juta pemegang unit saham selama memegang jawatan itu selain melonjakkan nama PNB di mata dunia.

“Sebagai ketua, beliau melakukan strategi hebat bagi memastikan PNB terus kukuh selain memperkenalkan skim yang menguntungkan,” katanya.

Pro Canselor MSU, Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (kiri) menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan kepada Setiausaha Agung Persatuan Universiti Arab yang juga Pakar Kimia Organik Antarabangsa, Profesor Dr Sultan Abu Orabi pada Majlis Konvokesyen ke-22 Management Science University (MSU), Shah Alam. – Foto Muhammad Sulaiman

Selain Hamad Kama Piah, MSU menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan kepada Setiausaha Agung Persatuan Universiti Arab, Prof Dr Sultan Abu Orabi yang juga pakar kimia organik antarabangsa.

Anugerah itu diberikan hasil sumbangan beliau melalui perkongsian wacana ilmu mengenai kajian penyelidikan, syarahan dan jurnal kepada komuniti Arab di Asia Barat.

Sementara itu, Hamad Kama Piah ketika berucap berkata, penganugerahan berkenaan sesuatu yang amat bermakna kepada dirinya selain rasa dihargai oleh MSU.

“Saya bersama PNB selama 37 tahun termasuk memegang jawatan penting ketika negara berdepan masalah kegawatan ekonomi pada 1998.

“PNB menggunakan strategi jangka panjang dan pendek yang menggabungkan strategi menghasilkan pulangan kepada pemegang unit serta pelabur,” katanya.

Pada konvokesyen berlangsung hari ini dan esok, seramai 2,300 graduan akan menerima skrol masing-masing termasuk graduan sulung Diploma Perbankan Islam.

Turut hadir, Naib Canselor MSU, Prof Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid.

Bekas Presiden PNB terima anugerah MSU

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *