20kuantan.transformed.jpg

Bekas Setiausaha Agung MIC antara calon PAS di Pahang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUANTAN: Bekas Setiausaha Agung MIC, Datuk S Kumar Adalah antara 54 calon PAS dan Gagasan Sejahtera yang akan bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kumar, 45, yang juga Presiden Parti Generasi Baru akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata yang terletak di bawah Parlimen Cameron Highlands.

Pencalonannya diumumkan Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar pada majlis pengisytiharan calon PAS dan Gagasan Sejahtera Pahang pada PRU-14 di Padang Awam Cenderawasih, di sini, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Rosli pula kekal di kerusi DUN Tanjung Lumpur yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan penyandang DUN Beserah, Andansura Rabu juga kekal di kerusi itu.

PAS turut meletakkan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), N Balasubramaniam di kerusi Parlimen Bentong yang dijangka menentang Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai daripada Barisan Nasional (BN) dan Wong Tack (DAP).

PAS meletakkan Wan Mahadir Wan Mahmud untuk kerusi Parlimen Cameron Highlands, Sobirin Duli (Parlimen Lipis), Dr Mohamed Nilam Abdul Manap (Parlimen Raub), Yohanis Ahmad (Parlimen Jerantut), Nasrudin Hassan (Parlimen Indera Mahkota), Sulaiman Mat Derus (Parlimen Kuantan) dan Mohamad Azhar Mohd Noor (Parlimen Paya Besar).

Calon-calon Pas yang akan bertanding bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Pahang pada majlis Pengistiharaan Calon Pas Pahang untuk PRU14 di Padang Awam Cenderawasih, malam ini. Pas Pahang mengumumkan 40 calon untuk bertanding kerusi DUN dan 12 untuk kerusi Parlimen. – Foto BERNAMA

Kapten (B) Ahiatudin Daud diletakkan sebagai calon kerusi Parlimen Pekan, Hasenan Haron (Parlimen Maran), Kamal Ashaari (Parlimen Kuala Krau), Md Jusoh Darus (Parlimen Temerloh), Musanif Ab Rahman (Parlimen Bera) dan M Shahrul Nizam Abdul Haliff (Parlimen Maran).

PAS menyenaraikan Abdul Karim Nor untuk calon DUN Jelai, Roslan Harun (DUN Padang Tengku), Saludin Endol (DUN Cheka), Anuar Kassim (DUN Benta), Tengku Abdul Rahman Tengku Ja’afar (DUN Batu Talam), Bedu Rahim Ismail (DUN Dong), Mohd Zakhwan Ahmad Badardin (DUN Tahan), Zuridan Md Daud (DUN Damak) dan Ahmad Naawi Samah (DUN Nusa Tawar).

Mohd Yusof Hashin dicalonkan untuk kerusi DUN Semambu, Azizah Mohd Ali DUN Teruntum, Prof Madya Dr Wan Maseri Wan Mohd (DUN Inderapura), Mohamad Hazmi Dibok (DUN Sungai Lembing), Mohd Nor Hisam Muhamad (DUN Lepar), Mohd Tarmizi Yahaya (DUN Panching), Kapten (B) Zainuddin Noh (DUN Nusa Manis), Abu Kassim Manaf (DUN Peramu Jaya), Mohd Nazhar Othman (DUN Bebar) dan Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (DUN Chini).

Mohd Sofian Abd Jalil pula calon PAS untuk DUN Luit, Mohd Fazil Azmi Nadzri (DUN Kuala Sentul), Mujibur Rahman Ishak (DUN Chenor), Abdullah Yusoh (DUN Jenderak), Aireroshairi Roslan (DUN Kerdau), Shahril Azman Abd Halim (DUN Jengka), Abirerah Awang Chik (DUN Mentakab), Hasan Omar (DUN Lanchang), Hassanuddin Salim (DUN Kuala Semantan), Mohd Zamri Nong (DUN Bilut) dan Roslan Md Desa (DUN Ketari).

Mohd Khairuddin Abdullah di DUN Sabai, Zaharim Osman (DUN Pelangai), Mohd Shahrul Mohamed (DUN Guai), Md Yusof Che Din (DUN Kemayan), Nazri Ahmad (DUN Bukit Ibam), Ramli Awang Ahmat (DUN Muadzam Shah) dan Mohd Yunus Ramli (DUN Tioman).

Bekas Setiausaha Agung MIC antara calon PAS di Pahang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *