NT020517SM001.jpg.transformed.jpg

Bekas wartawan NST meninggal dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BEKAS wartawan New Straits Times (NST), Dan Guen Chin.

JOHOR BAHRU: Bekas wartawan New Straits Times (NST), Dan Guen Chin, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, petang tadi.

Guen Chin, 64, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4.30 petang di sisi isterinya, Angeline Boo, 55, dan anak, Jeremy Dan Jie Min, 20.

Jie Min berkata, bapanya dimasukkan ke HSI kira-kira tiga minggu lalu sebelum menjalani pembedahan.

“Ayah disahkan menghidap kanser perut pada Jun tahun lalu dan menjalani rawatan kemoterapi lapan kali sejak itu.

“Semalam keadaan ayah agak stabil walaupun lemah. Bagaimanapun, tengah hari tadi beliau mula sesak nafas dan Tak sedarkan diri.

“Ayah meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang tadi di sisi ibu dan saya. Dia seorang ayah yang baik,” katanya ketika ditemui di wad 6A HSI di sini, hari ini.

Jie Min berkata, mendiang bapanya akan dibawa pulang ke rumah mereka di No 6 Jalan Sutera Biru 2, Taman Sutera di sini.

Bekas wartawan NST meninggal dunia

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *